Sunday, 24.11.2024, 2:20:17 PM
Welcome Guest
Main | Registration | Login
Jom Makan² dan Jalan²

Main » Site Catalog » Resepi » Kacang Pool

Sites in category: 1
Shown sites: 1-1

Sort by: Date · Name · Rating · Clicks

Menu Kacang Foul/ Kacang Pool 
Bahannya:- 
1 tin kacang foul/pool 
5 biji cili hijau 
3 ulas bawang putih 
2 ketol bawang besar 
1/2 sudu jintan manis/putih 
1/2 inci halia 

caranya : 
blender cili dan semua bawang & halia 
tumis jintan hingga garing - masukkan bahan yang diblender 
tadi masak hingga garing.Masukan kacang dalam kuah . 
Bila kacang dah empuk boleh dihidangkan dengan telur goreng mata kerbau. 

Kalau ikut Jiran yang lain pulak  , orang singapure pulak lagi simple just tumis bawang besar, masukan cili hijau dan kacang tadi masak hingga kacang empuk boleh hidangkan. 
cara hidangan masih sama makan dengan roti perancis kecik tu dan telur mata kerbau. 

Atau

Kacang Phool Keluarga Diana

Bahan-bahan ( 15 orang )
6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ fava beans, 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji 
1 tin kacang kuda/ garbanzo beans 
5 sudu makan minyak sayuran 
3 sudu makan rempah kari daging babas 
1 sudu makan serbuk lada putih 
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak 

#Bahan untuk kisar# 
1 sudu makan jintan halus 
1/2 sudu makan jintan kasar 
2 biji bawang besar 
1 inci halia 
4 biji bawang putih 
1 cawan lada kering kisar 
#Bahan Hiasan# 
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak 
2 biji bawang besar, didadu 
4 batang lada hijau, dipotong serong 
20 sen limau kasturi 
1 tin minyak sapi, dicairkan 

Cara-cara Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas dan kacang kuda. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan. 

Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis.

Kacang Pool | Transitions: 427 | Added by: ctct | Date: 09.06.2010

Search
Blog Advertising - Get Paid to Blog
Johor
KEK [1] Kacang Pool [1]
widgeo.net
Tag Board
200
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form
Site friends
  • Create a free website
  • Copyright MyCorp © 2024Website builderuCoz